Pages

Sunday, March 24, 2013

Puting beliung ragut 20 nyawa, 300 cedera

Puting beliung ragut 20 nyawa, 300 cedera
Keadaan kampung di daerah Brahmanbaria selepas kawasan
 itu dilanda puting beliung, kelmarin.
DHAKA - Sekurang-kurangnya 20 penduduk sebuah terbunuh, kelmarin selepas 24 kampung di tenggara Dhaka dilanda puting beliung.

Dipetik Reuters, menurut pegawai, kejadian yang berlaku di daerah Brahmanbaria, 100 kilometer di tenggara ibu negara Bangladesh itu turut mencederakan kira-kira 300 penduduk.

"Lebih 500 kediaman rosak teruk. Pihak kementerian telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan terlibat namun berlaku sedikit kesulitan kerana laluan utama dihalang pokok tumbang," kata pegawai.

Serangan puting beliung itu turut merosakkan beberapa bangunan milik kerajaan termasuk Penjara Brahmanbaria yang mana seorang pengawal keselamatannya juga dilaporkan terbunuh.

No comments:

Post a Comment