Pages

Monday, March 25, 2013

Pengantin redah terowong penyeludup




Emad al-Malalha dan Manal Abu Shanar menggunakan terowong rahsia bawah tanah yang menghubungkan Mesir dan Palestin untuk mencapai impian hidup bersama.


BAITULMUQADDIS - Sepasang kekasih, Emad al-Malalha, 21, dan pasangannya, Manal Abu Shanar, 17 terpaksa diseludup masuk ke Gaza melalui sebuah terowong rahsia bawah tanah untuk berkahwin, lapor akhbar Daily Mail.
Emad seorang warga Palestin yang menetap di Genting Gaza dan kekasihnya pula seorang warga Mesir. Manal tidak dibenarkan menyeberangi sempadan gara-gara pihak berkuasa sempadan negara itu enggan mengeluarkan permit.
Mereka berdua sudah bertunang sejak enam bulan lalu dan hanya berhubung melalui perbualan telefon.
Manal yang lengkap berpakaian pengantin nekad turun ke dalam salah satu terowong digunakan penyeludup yang menghubungkan Mesir dan Gaza untuk berjumpa dengan Emad.
Selepas bertemu mereka kemudian berjalan kira-kira 800 meter sebelum berjaya sampai ke Genting Gaza.
Kedua-duanya disambut sanak-saudara dan rakan-rakan Emad dan terus dibawa ke sebuah dewan untuk dinikahkan.
Sempadan di antara kedua-dua buah negara itu ditutup sejak tahun 1994. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2OVVnQ3HL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment