Pages

Saturday, March 23, 2013

Pameran penjara Alcatraz




PENGUNJUNG sedang merakam gambar pada pameran foto silam Penjara Alcatraz kelmarin.- REUTERS


SAN FRANCISCO - Sempena 50 tahun Alcatraz ditutup, satu pameran menampilkan gambar-gambar penjara berkenaan yang belum pernah disiarkan sebelum ini, telah diadakan.
Terletak di Teluk San Francisco, di sini, dalam negeri California, Alcatraz merupakan penjara paling dikawal ketat di samping menjadi simbol keadilan di negara Amerika Syarikat (AS).
Pameran terbaharu di Alcatraz memperlihatkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar bebas untuk majalah Life yang berpengkalan di Los Angeles, Leigh Wiener.
Ia akan berlangsung selama tiga bulan.
Bermula dengan kubu dan berek tentera, Pulau Alcatraz diambil alih oleh Biro Penjara AS pada 1934 untuk dijadikan sebuah penjara.
Peguam Negara AS Robert Kennedy kemudian mengeluarkan arahan untuk menutup penjara Alcatraz pada tahun 1962 ekoran kos pengurusannya yang mahal dan kedudukan penjara itu di atas pulau.
Sembilan tahun kemudian Alcatraz diubah menjadi salah satu pusat pelancongan paling popular di AS dengan jumlah pelancong mencecah 1.5 juta setahun. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2OJGr1MnU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment