Pages

Wednesday, March 20, 2013

Kurang Aktif Punca Cepat Mati!

Kurang Aktif Punca Cepat Mati!:

Arab Saudi – Satu kajian yang dijalankan oleh Lancet Medical Journal mendapati penduduk di Arab Saudi merupakan penduduk ketiga di dunia yang paling malas dengan 68.3 peratus golongan dewasanya tidak bersenam.

Ia sekali gus menjadikan Arab Saudi berada di dalam kedudukan ketujuh dalam senarai penduduknya yang menghidap kencing manis.

Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga berada dalam senarai 10 teratas.

Namun tempat teratas dan kedua masing-masing dimonopoli oleh Malta dan Swaziland.

Akhbar tempatan Arab Saudi, Al Watan melaporkan, hasil kajian berkenaan juga mendapati kekurangan senaman di kalangan penduduknya menyebabkan meningkatnya penyakit.

Kajian itu, yang menggunakan data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WTO) juga mendapati kurang senaman atau tidak aktif juga menyebabkan kira-kira lima juta penduduk di seluruh dunia meninggal dunia setiap tahun.

Terma tidak aktif dalam kajian itu merujuk kepada tiga perkara iaitu tidak melakukan langsung aktiviti berjalan kaki selama 30 minit sekurang-kurangnya lima kali seminggu, tidak melakukan gerakan selama 20 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta tidak melakukan langsung gabungan dua perkara berkenaan.

Punca tidak aktif itu dikenalpasti kerana menghabiskan masa terlalu lama dalam kereta atau depan komputer.


Laporan kajian juga menunjukkan satu atau dua generasi lalu, iaitu penduduk asal negara teluk, mendapat sumber pendapatan dengan bekerja keras termasuk menjadi nelayan, gembala kambing dan pencari batu mutiara.

Keadaan ini menuntut mereka bergerak lasak dan aktif.

Bagaimanapun pembangunan pesat negara teluk akibat penemuan minyak, telah menukar corak kehidupan di rantau tersebut.

Kajian oleh Lancet Medical Journal itu diterbitkan sempena sukan Olimpik London yang akan bermula pada 27 Julai ini.

Ia juga mendapati kekurangan senaman menjadi punca penyakit termasuk 5.3 juta kematian akibat merokok.

Satu daripada 10 kematian di dunia disebabkan penyakit jantung, kencing manis dan kanser payu dara.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment