Pages

Thursday, March 14, 2013

Iklan anti-Islam di San Francisco dikecam



Salah satu iklan anti-Islam yang dipasang di sebuah bas di San Francisco. - AGENSI
SAN FRANCISCO 13 Mac - Beberapa pegawai sivik, hari ini bersama-sama dunia Arab dan barisan pemimpin Islam di bandar raya ini mengutuk pengiklanan anti-Islam yang bakal dipasang pada 10 buah bas, di sini pada bulan depan.
Pengiklanan yang dibiayai Inisiatif Pertahanan Kebebasan Amerika itu, menunjukkan imej bekas pemimpin kumpulan al-Qaeda, Osama Laden, bom kereta di Time Square dan imej lelaki bersenjata di Fort Hood berserta kenyataan perang dan penggunaan senjata oleh kumpulan-kumpulan yang dikaitkan dengan Islam.
Sekurang-kurangnya satu daripada iklan tersebut mengandungi petikan yang merujuk kepada pergerakan kumpulan Hamas yang berbunyi 'Membunuh orang Yahudi adalah satu ibadah yang membawa kami lebih dekat dengan Allah'.
Kumpulan pegawai sivik menyifatkan pengiklanan tersebut sebagai rasis dan kurang ajar.
Menurut Peguam Daerah George Gascon kelmarin, iklan-iklan tersebut tidak mempunyai tujuan, selain ingin memburuk-burukkan masyarakat Arab beragama Islam di bandar raya ini.
Perkara itu turut disokong oleh Datuk Bandar Ed Lee yang menyatakan bahawa San Francisco merupakan bandar harmoni yang menerima semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama.
"Kami tidak akan bertoleransi terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan menghina dan diskriminasi terhadap penduduk Arab Islam di bandar raya ini," katanya.
Pengiklanan yang serupa turut dilakukan di Washington, Chicago, Portland dan Oregon. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130314/lu_04/Iklan-anti-Islam-di-San-Francisco-dikecam#ixzz2NWXDeRti
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment