Pages

Monday, March 11, 2013

Alvarez berkayak sejauh 6,500 meter




ALVAREZ keluar dari kayaknya selepas tiba di Key West kelmarin.


KEY WEST, Florida – Seorang pemuda berusia 31 tahun, Daniel Alvarez tiba di sini kelmarin selepas berkayak kira-kira 6,500 kilometer dari Northwest Angle di Minnesota, Amerika Syarikat.
Alvarez yang berasal dari Tallahassee, Florida mula berkayak pada 11 Jun tahun lalu.
Pemuda tersebut akan berhenti di kebanyakan lokasi semasa berkayak untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang pemuliharaan laluan air.
Menurutnya, angin dan cuaca buruk menjadi halangannya semasa berkayak.
Dia sebelum ini memenangi wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,047) dalam satu pertandingan di di internet yang dianjurkan sebuah majalah pengembaraan.
Wang itu digunakan untuk membiayai pengembaraannya dengan menggunakan kayak sepanjang 5.18 meter. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2NE2aPtoN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment