Pages

Thursday, February 14, 2013

Penunjuk perasaan bakar diri di Tibet


ANGGOTA polis mendekati penunjuk perasaan yang membakar diri itu.
KATHMANDU, Nepal - Seorang penunjuk perasaan Tibet mencurahkan petrol pada tubuhnya sebelum dia membakar dirinya di sini semalam.
Menurut beberapa saksi, lelaki itu memakai pakaian seperti sami memasuki sebuah kafe dan meminta kebenaran untuk menggunakan bilik air.
Dia kemudian keluar ke jalan raya dan membakar dirinya.
Lelaki tersebut berlari beberapa langkah ketika tubuhnya terbakar dan menjerit slogan menentang China sebelum pengsan.
Seorang pegawai polis, Keshav Adhikari berkata, anggota-anggota polis dan orang ramai berjaya memadamkan kebakaran sebelum dia dihantar ke sebuah hospital.
Menurutnya, lelaki berkenaan berada dalam keadaan kritikal.
Adhikari berkata, identiti lelaki tersebut masih belum diketahui tetapi dia kelihatan berumur 21 tahun.
Hampir 100 orang telah membakar diri bagi menentang pemerintahan China di Tibet sejak tahun 2009.
Tentera komunis China menduduki Tibet pada tahun 1951.
Menurut China, wilayah itu merupakan sebahagian daripada China sejak berabad-abad lalu.
Bagaimanapun, penduduk Tibet menafikan dakwaan pemerintah China itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2KpScbPYM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment