Pages

Saturday, February 16, 2013

Wanita kahwin pembunuh saudara kembar

Casas (kiri) bersama Cingolani  sebelum perkahwinan mereka.
Casas (kiri) bersama Cingolani sebelum perkahwinan mereka.
 BUENOS AIRES: Seorang wanita mengahwini pembunuh saudara kembarnya di Argentina pada satu majlis sempena Hari Kekasih yang bukan saja ditentang keluarganya tetapi juga jirannya.

Orang ramai berkumpul di luar pejabat pendaftaran sivil, lokasi perkahwinan diadakan, sambil melempar batu dan telur.
Pengantin perempuan, Edith Casas, 23, berkata Victor Cingolani tidak membunuh saudara kembarnya, Johana, dua tahun lalu walaupun disabitkan kesalahan dan dipenjarakan 13 tahun.


Pengantin lelaki berkata, beliau tidak bersalah dan akan dibebaskan dengan rayuan.

Kedua-duanya mahukan anak tetapi terpaksa menunggu Cingolani, 28, dibawa kembali ke penjara dengan tangan bergari selepas upacara itu.

Edith Casas menanti selama beberapa jam sehingga orang ramai bersurai dan selamat untuknya meninggalkan pejabat pendaftaran.

Ibu halang perkahwinan
Ibu Casas, Marcelina del Carmen Orellana menuduh anaknya itu gila dan berusaha menghalang perkahwinan itu tetapi hakim mendapati Edith boleh membuat keputusan sendiri.

Mayat Johana Casas ditemui di sebuah padang di bandar Pico Truncado di wilayah Santa Cruz pada 2010 dengan dua kesan tembakan di kepala. - A

No comments:

Post a Comment