Pages

Monday, February 11, 2013

Pembantu hospital maut dalam kemalangan di Alor Gajah



ALOR GAJAH: Seorang pembantu hospital terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Tebong, Alor Gajah, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Izwan Ismail, 27, dalam perjalanan ke tempat kerja di klinik kesihatan Gemas, dipercayai hilang kawalan sebelum keretanya terseret sejauh kira-kira 30 meter ke dalam semak.

Mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment