Pages

Monday, February 4, 2013

Lelaki buta dapat melihat kembali



Steve William (dua dari kiri) kini dapat melihat dua anak lelaki dan isterinya selepas menjalani pembedahan mata. - AGENSI
LONDON 3 Feb. - Seorang lelaki yang buta sejak 21 tahun lalu dapat melihat kembali selepas menjalani kaedah pembedahan terbaru menggunakan tisu mata penderma yang sudah meninggal dunia.
Steve Williams, 42, menghidap penyakit dikenali sebagai keratoconus, penyakit genetik yang menyebabkan kerosakan mata dan akhirnya menjadi buta, menjalani pembedahan itu untuk memperbaiki kornea dan retinanya di Preston Royal Hospital di sini.
Bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia menjadi buta ketika berumur 21 tahun.
''Saya sudah pasrah untuk melihat dua anak saya dan sedar saya tidak akan dapat menjadi ayah yang sempurna.
''Selepas menjalani pembedahan ini, saya dapat melihat muka saya sendiri. Namun, melihat muka dua anak lelaki saya merupakan perkara paling mengagumkan,'' katanya.
Williams kini menggunakan cermin mata dan merancang menjadi seorang jururawat.
Pakar bedah yang menjalankan pembedahan ke atas mata Williams, Mark Vose berkata, beliau menggunakan teknik terkini dan ubat- ubatan terbaharu untuk mengembalikan penglihatan pesakitnya itu.
Beliau berkata, kejayaan pembedahan itu juga dibantu atas persetujuan penderma untuk menderma organ mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130204/lu_05/Lelaki-buta-dapat-melihat-kembali#ixzz2JwHWdhHC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment