Pages

Thursday, February 14, 2013

Hampir 70,000 orang terbunuh di Syria




GAMBAR fail menunjukkan kemusnahan yang berlaku akibat pertempuran antara kumpulan penentang dengan tentera Bashar di sebuah kawasan di Duma, Damsyik pada 17 Januari lalu.


NEW YORK - Angka kematian akibat perang saudara di Syria kini menghampiri 70,000 orang dengan orang awam menjadi mangsa paling ramai, kata Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay.
Beliau berkata, jumlah tersebut meningkat hampir 10,000 orang berbanding pada awal tahun ini ekoran tiada tindakan konkrit oleh Majlis Keselamatan PBB bagi menamatkan konflik tersebut.
Perkembangan tersebut berlaku ketika tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad mengebom tenggara Damsyik dengan menggunakan serangan udara dan bedilan artileri semalam.
Siri serangan berkenaan dilancarkan untuk mengusir pejuang-pejuang penentang yang bertapak di ibu kota Syria itu.
Seorang diplomat Asia Barat yang mengikuti situasi di Syria menyifatkan pertempuran di sekitar Damsyik sekarang sebagai pertempuran penting melibatkan kedua-dua belah pihak.
"Pihak penentang menyerang Damsyik dan rejim Bashar cuba menghalangnya," kata diplomat tersebut.
Perang di Syria bermula sejak Mac 2011 apabila kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar.
Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar kerana mendakwa beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2KpQ9mYah 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment