Pages

Tuesday, February 12, 2013

Demi emping jagung



Mick Hobday menghabiskan 36,000 pound dengan menjelajah ke 60 negara termasuk Malaysia untuk merasai emping jagung paling enak. - AGENSI
LONDON 11 Feb. - Seorang peminat makanan bijirin sanggup menghabiskan sebanyak 36,000 pound (RM176,242.75) dengan menjelajah ke 60 negara untuk merasai emping jagung paling enak yang merupakan makanan kegemarannya.
Mick Hobday, 33, telah menikmati lebih 4,000 mangkuk emping jagung dalam pengembaraannya ke lima benua sejak 10 tahun lalu.
Namun, Hobday berhasrat untuk terbang ke India sekali lagi tahun ini, selepas menemui emping jagung paling enak yang pernah dirasainya dalam penjelajahan ke negara itu sebelum ini.
"Emping jagung di India lebih gelap, rangup dan organik. Lebih menarik lagi ia semenangnya diperbuat daripada jagung yang ditanam di negara itu," katanya.
Walau bagaimanapun katanya, beberapa jenama yang murah, yang kebanyakannya ditemui di Asia dan Afrika, mempunyai rasa yang sangat teruk dan lembik serta-merta selepas dicurah susu.
Hobday berkata, dia 'jatuh cinta' pada emping jagung ketika mula merasainya pada usia 10 tahun.
Dia kemudian meminta ibunya menyediakan makanan itu tiga kali sehari, dinikmati bersama susu dan gula, kadangkala ia dijadikan hidangan utama untuk makan tengah hari atau malam.
Idea melancong sambil merasai emping jagung bermula ketika dia berada di Mexico pada September 2002 dan kemudian merasai makanan itu di berpuluh-puluh negara termasuk Mali, Brazil, Thailand dan Switzerland.
Hobday juga tidak lupa mengambil gambar sambil menikmati emping jagung di depan monumen popular tempat yang dikunjunginya, antaranya menara Eiffel di Paris, Times Square di New York dan piramid di Mesir.
Bagi merealisasikan impiannya, lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan pelbagai kerja sementara, bagi mengumpul wang untuk menjelajah ke serata dunia termasuk dengan berbasikal sejauh 2,0921.5 kilometer.
"Hidup saya untuk mengembara dan mahu melawat semua negara dalam dunia. Bagaimanapun, bagi menjadikan impian saya sesuatu yang unik, saya mewujudkan idea mengembara sambil menikmati emping jagung," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130212/lu_03/Demi-emping-jagung#ixzz2KgWPlQdU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment