Pages

Saturday, January 26, 2013

Warga Barat digesa tinggalkan Benghazi

SEBUAH kenderaan polis dilihat ditempatkan di luar Konsut Sweden di Benghazi disebabkan ancaman . Perancis menyertai Britain, selain negara-negara Eropah dan Australia dalam menarik rakyatnya keluar Benghazi berikut ancaman. - Foto AFP SEBUAH kenderaan polis dilihat ditempatkan di luar Konsut Sweden di Benghazi disebabkan ancaman . Perancis menyertai Britain, selain negara-negara Eropah dan Australia dalam menarik rakyatnya keluar Benghazi berikut ancaman. - Foto AFP 5 negara gusar ancaman ala Algeria terhadap rakyat di Libya

LONDON: Britain, Jerman, Kanada, Belanda dan Australia semalam menggesa warga negara masing-masing meninggalkan kota Benghazi di timur Libya dengan segera.
Lima negara itu bimbang pekerja mereka akan menerima nasib sama seperti yang berlaku di Algeria, baru-baru ini.Awal bulan ini, Konsul Itali yang berada dalam kereta ditembak tetapi tidak cedera. Pegawai Eropah berkata, sekolah adalah antara sasaran.

Kami sedar ada ancaman serius terhadap warga Barat di Benghazi. Ada risiko mereka menjadi sasaran di Libya selepas Perancis campur tangan di Mali bulan ini," Kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia


Tutup kedutaan

Britain menutup kedutaannya di Benghazi dan mengeluarkan notis rasmi supaya warga negaranya tidak pergi ke kota kedua terbesar Libya selain tempat lain di negara berkenaan.

Langkah itu diambil beberapa jam selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron memberi amaran serangan terhadap sebuah loji gas di Algeria sebahagian kempen berpanjangan terhadap pengganas di seluruh dunia.
“Kami sedar ancaman terhadap warga Barat di Benghazi dan menggesa rakyat Britain supaya keluar dengan segera,” menurut kenyataan Pejabat Hal Ehwal Luar Britain, di sini.

Amaran sama disiarkan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia. Jerman dan Belanda turut mengambil langkah sama.

Seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Luar Kanada mengesahkan e-mel menasihatkan warga negara itu keluar dari Benghazi sudah dihantar kepada mereka.

Kerajaan Libya memberi reaksi marah terhadap amaran berkenaan kerana tiada maklumat baru mewajarkan langkah itu.

Libya tuntut penjelasan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Libya, Abdullah Massoud, terkejut dengan tindakan lima negara berkenaan dan menuntut penjelasan lanjut.

“Kami sedar ada masalah keselamatan di Benghazi tetapi tiada maklumat perisikan baru mewajarkan langkah itu, katanya. - AFP/AP

No comments:

Post a Comment