Pages

Thursday, January 10, 2013

Singa Afrika diancam pupus



SEEKOR singa jantan mengetuai kawanannya di atas sebuah bukit di Afrika Selatan.


ABUJA, Nigeria - Singa Afrika Barat kini berdepan kepupusan dengan jumlah haiwan itu amat rendah apabila cuma terdapat 34 ekor singa berkenaan di Nigeria, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Menurut pertubuhan bantuan singa, Lion Aid, kini cuma terdapat 645 ekor singa liar di bahagian barat dan tengah benua Afrika.
Tambah pertubuhan tersebut, binatang buas itu tidak lagi ditemui di 25 negara Afrika dengan cuma terdapat sekitar 10 ekor singa di beberapa negara lain di benua tersebut.
Kawanan singa masih dapat ditemui di Burkina Faso, Niger, Republik Afrika Tengah, Cameroon dan Chad tetapi haiwan itu pupus di beberapa negara lain seperti Ghana, Ivory Coast dan Togo.
Keadaan itu berbeza berbanding 30 tahun lalu apabila terdapat 200,000 ekor singa di Afrika dengan kini hanya tinggal kurang daripada 15,000 ekor haiwan tersebu.
Menurut Lion Aid, antara faktor yang menyebabkan kepupusan singa Afrika Barat termasuk kehilangan habitat, pemburuan haram dan konflik peperangan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2HWcjP1g5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment