Pages

Wednesday, January 16, 2013

Perancis tingkat serangan di Mali



 
Foto
Askar Perancis meninggalkan pangkalan tentera Mali di Bamako untuk melancarkan serangan ke atas pemisah, semalam. - Foto REUTERS]

Foto
Kumpulan Islam mengadakan tunjuk perasaan mendesak tentera Perancis meninggalkan Mali, di hadapan kedutaan Perancis di Ankara semalam. - Foto AFP]

Rancangan hantar tentera Afrika makin hampir untuk usir al-Qaeda

Bamako: Perancis meningkatkan serangan udara terhadap pemisah Islam di Mali ketika rancangan menghantar tentera Afrika semakin hampir, disebalik kebimbangan penangguhan boleh membahayakan lagi misi untuk mengusir al-Qaeda dan sekutunya.
Perancis menghantar tentera ke Mali dan melancarkan serangan udara sejak Jumaat di kawasan padang pasir yang dirampas puak Islam tahun lalu.
Kami akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara," Francois Hollande, Presiden Perancis

Puak Islam menggabungkan Sayap Afrika Utara al Qaeda (AQIM) dengan kumpulan pemisah Mali, Pergerakan Untuk Perpaduan dan Jihad di Afrik Barat (MUJWA) dan Ansar Dine.

Ketua pertahanan Afrika Utara bertemu di Bamako semalam, untuk meluluskan rancangan mempercepatkan penghantaran 3,300 tentera serantau untuk memantau dalam rancangan campur tangan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diketuai Afrika.

Hantar 2,500 tentera

Bercakap dari pangkalan tentera Perancis di Abu Dhabi, Presiden Francois Hollande berkata tentera Perancis di Mali menjalankan serangan tengah malam yang mengenai sasaran mereka.
“Kami akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara. Kita mempunyai 750 askar yang dihantar pada masa sekarang dan akan terus ditingkatkan secepat mungkin untuk membolehkan kita menyerahkan tugas kepada Afrika,” kata Hollande.

Perancis merancang untuk menghantar sejumlah 2,500 tentera di bekas jajahan mereka bagi menguatkan tentera Mali dan kerja campur tangan oleh Kesatuan Ekonomi Afrika Barat (ECOWAS) membabitkan kumpulan negeri Afrika Barat.

Menteri Luar, Laurent Fabius mengiringi Hollande dalam lawatan bertujuan untuk menguatkan lagi hubungan dagangan dan mempercepatkan penjualan 60 jet pejuang Perancis Rafale, berkata beliau yakin negara Teluk Arab juga membantu dalam kempen Mali. - REUTERS

No comments:

Post a Comment