Pages

Friday, January 25, 2013

Pelari maraton berusia 101 tahun akan bersara

AFP
GAMBAR fail menunjukkan Fauja (dua dari kanan) 
menyertai pertandingan maraton di Mumbai, India.

NEW DELHI - Seorang lelaki berusia 101 tahun, Fauja Singh akan bersara sebagai pelari maraton pada 24 Februari depan, menurut laporan media semalam.
Fauja berkata, dia tidak akan bertanding lagi selepas menyertai pertandingan Hong Kong Maraton pada tarikh tersebut.
Dia yang kini menjadi warga Britain akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-102 pada 1 April depan.
Fauja kini merupakan pelari maraton paling tua di dunia.
"Bagaimanapun, saya akan terus berlari sekurang-kurangnya empat jam sehari selepas pertandingan itu," katanya yang tinggal di Ilford, England.
Fauja memberitahu hasratnya itu kepada akhbar Times of India semasa dia melawat negeri kelahirannya, Punjab di India.
Dia mula berlari ketika berusia 89 tahun dan pernah bertanding pada pertandingan maraton di London, Toronto dan New York.
Lelaki tersebut dilahirkan pada 1 April 1911 di India.
Fauja menegaskan dia tidak pernah menghidap sebarang penyakit.
Pelari itu menyatakan, dia juga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
Menurutnya, punca utama dia sihat adalah kerana senaman yang dilakukannya pada setiap hari


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2Ivt8gdsc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment