Pages

Friday, January 25, 2013

Letup gerabak untuk kajian

AFP
GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan sebuah gerabak diletupkan 
untuk tujuan kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Newcastle.

LONDON - Beberapa penyelidik di Pusat Penyelidikan Rel, Universiti Newcastle, Britain meletupkan beberapa gerabak kereta api yang tidak lagi digunakan baru-baru ini.
Tren itu diletupkan dengan tujuan untuk menyaksikan serpihan gerabak tersebut berterbangan.
Letupan tersebut dirakamkan menerusi kamera.
Kumpulan penyelidikan itu pernah menyatakan mereka mereka berjaya menghasilkan gerabak yang boleh mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan penumpang jika berlaku serangan pengganas.
Pengurangan kecelakaan itu boleh dilakukan menerusi penggunaan tingkap plastik bagi mengelak kaca berterbangan apabila gerabak dibom pengganas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2IvstrZHd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment