Pages

Wednesday, December 5, 2012

Vienna bandar paling berkualiti dunia

myMetro | Vienna bandar paling berkualiti dunia: "VIENNA: Ibu negara Austria menawarkan kehidupan paling berkualiti berbanding bandar lain di dunia, manakala Baghdad pula yang terburuk, menurut kajian global terbaru oleh kumpulan perunding Mercer.

Vienna yang mempunyai 1.7 juta penduduk mendapat tempat pertama dalam kajian itu untuk empat tahun berturut-turut kerana mempunyai pelbagai budaya, penjagaan kesihatan komprehensif dan harga rumah sederhana tetapi semakin meningkat.
Seni bina unik dari zaman empayar Habsburg menjadikan bandar ini tarikan pelancong manakala tiket pengangkutan awam hanya 1 euro (RM4) sehari. - Reuters "

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment