Pages

Thursday, December 6, 2012

Terpukau panggilan misteri

Terpukau panggilan misteri - Utara - Sinar Harian:

Terpukau panggilan misteri
Kawasan air putar di mana mangsa hampir lemas.
Terpukau panggilan misteri
ARIFFIN
Terpukau panggilan misteri
AZWAN
KULIM - Kegembiraan sembilan sekeluarga berkelah hampir bertukar tragedi apabila seorang dari mereka nyaris maut ditelan arus putar air di Taman Rekreasi Air Terjun Ulu Paip kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Azwan Amin, 8, berkata, ketika dia bersama beberapa ahli keluarga lain sedang mandi, dia terdengar suara memanggil namanya untuk pergi ke kawasan air deras.

Mangsa kemudiannya berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suara itu dan terkejut apabila ternampak seorang wanita tua turut berada di kawasan air deras itu.

“Nenek itu muncul tiba-tiba. Rambutnya panjang, berpakaian serba putih dan mukanya buruk. Nenek itu terus memanggil dan melambai saya. Saya seperti terpukau dan berjalan sendirian sehinggalah saya terjatuh dan disedut oleh air putar di kawasan itu.

"Saya cuba bangun bagaimanapun terasa bagaikan ada tangan menarik kaki saya. Saya cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Ketika itu saya sudah mula cemas dan meminta tolong,” katanya.

Bapa saudara mangsa, Ariffin Mohd Nayan berkata, dia nampak mangsa dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa sebelum berenang ke tempat di mana mangsa terjatuh.

Menurutnya, dia cuba membantu bagaimanapun, tubuh mangsa menjadi terlalu berat dan dirinya juga terasa bagaikan ada tekanan yang menarik dari bawah.

“Saya baca ayat al-Quran dan bertakbir barulah anak saudara saya dapat dikeluarkan dari dasar sungai itu. Bagaimanapun ketika dipapah ke tebing, keadaannya lemah dan badannya bercalar-calar seperti dicakar.

"Tangan saya turut lebam dan terdapat kesan sama. Kalaulah tidak ada sesiapa menyedari kejadian ketika itu, saya percaya anak saudara saya sudah lemas,” katanya.

Ariffin meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) meletakkan papan tanda amaran kerana kawasan itu berisiko tinggi untuk perkelahan kerana lebih lima kejadian lemas sudah dilaporkan berlaku," katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment