Pages

Tuesday, December 4, 2012

Syiah menang 17 kerusi

Syiah menang 17 kerusi - Global - Sinar Harian:

Syiah menang 17 kerusi
Petugas pilihan raya di Bandar Kuwait sedang memeriksa senarai nama yang membuang undi
KUWAIT CITY - Buat pertama kalinya, wakil minoriti Syiah di Kuwait memenangi hampir separuh daripada 50 kerusi Parlimen dalam pilihan raya yang dipulaukan pembangkang, semalam.
Sebelum itu, kumpulan pembangkang memulau  keputusan pilihan raya kerana jumlah pengundi yang sedikit.
Menurut pegawai, keputusan menunjukkan Syiah yang diwakili kira-kira 30 peratus daripada 1.2 juta penduduk di Kuwait menang 17 kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan melaporkan, tiga wakil wanita Syiah dilantik ke Parlimen berbanding empat  pada 2009.

Setakat ini, hanya empat wakil Sunni menduduki Parlimen Kuwait berbanding 23 orang pada Februari lalu. - Al-Jazeera

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment