Pages

Wednesday, December 26, 2012

Raja Farouk


Setelah Ibrahim Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri Mesir menggantikan Nuqrasyi Basya yang dibunuh anggota Ikhwan Muslimin, beliau membuat laporan kepada Raja Farouk bahawa Hasan Al Banna terlibat dalam pembunuhan itu dan sedang merancang merampas kuasa.

Raja Farouk mengarahkan Jeneral Muhammad Al Jazzar yang juga ketua pengawal peribadinya membunuh Hasan Al Banna. Jeneral Muhammad Al Jazzar telah mengarahkan Koperal Ahmad Husin dan Sarjan Muhammad Mahfuz menjalankan tugas itu.

Jeneral Muhammad Jazzar sendiri berada di Hospital Qasratul Aini untuk memastikan Hasan Al Banna yang cedera parah akibat kena tembak meninggal dunia. Beliau melarang doktor merawat Hasan Al Banna dan akhirnya meninggal akibat tumpahan darah yang banyak.

Atas desakan orang ramai akhirnya mereka yang terlibat membunuh Hasan Al Banna ditangkap. Tetapi apabila dihadapkan ke mahkamah kes itu ditangguhkan sehingga beberapa kali.

Pada 23 Julai 1952 tercetus satu revolusi yang mana Raja Farouk disingkirkan dari tahkta. Atas desakan orang ramai kes pembunuhan Hasan Al Banan disebut semula. Dan pada 2 Ogos 1954, mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut:

* Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

* Sarjan Muhammad Mahfuz dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat.

* Jeneral Muhammad al-Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Kemudian Gamel Abdul Nasser yang menjadi Presiden Mesir telah membebaskan mereka. Sebaliknya pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin yang ditangkap termasuk Syed Qutb dan mereka dihukum gantung.

Raja Farouk hidup dalam buangan di Monaco dan kemudian di Rom,Itali.Baginda terus hidup dengan cara hidup yang mewah dan ketagih makanan sehingga badan menjadi gemuk dengan berat mencecah 136 kg. Pada 3 Mac 1965, beliau rebah di meja makan di sebuah restoran Itali selepas makan dengan banyaknya. Dan Raja Farouk meninggal pada 18 Mac 1965.

Keluarga Raja Farouk minta dikebumikan di Kaherah, tetapi ditolak Gamel Abdel Nasser, akhirnya dikebumikan di Itali. Tindakan Gamel Nasser itu menimbulkan kemarahan rakyat Mesir. Raja Faisal Arab Saudi bersetuju agar mayat Raja Farouk dipindahkan di Arab Saudi. Akhirnya Gamel Nasser bersetuju bekas raja Mesir itu dibawa dan dikebumikan di Mesir. - Abdul Latip

No comments:

Post a Comment