Pages

Friday, December 21, 2012

Pic de Bugarach lokasi selamat hari kiamat?



Anggota polis Perancis, menjawab soalan pihak media ketika mereka bersiap sedia mendaki kawasan pergunungan Pic de Bugarach setinggi 1,231 meter, yang kononnya merupakan satu daripada lokasi selamat daripada hari kiamat yang diramal berlaku hari ini. - AFP
AUDE, Perancis 20 Dis. - Kerajaan Perancis terpaksa mengeluarkan larangan kepada orang ramai untuk tidak memasuki kawasan pergunungan di barat daya negara ini apabila tempat itu dianggap sebagai lokasi paling selamat untuk menghadapi ‘hari kemusnahan dunia’.
Tindakan itu diambil ketika dunia terus dilanda spekulasi tentang ramalan hari kiamat yang dijangka berlaku esok, berdasarkan kalendar puak purba Maya.
Kawasan pergunungan Pic de Bugarach menjadi tumpuan orang ramai termasuk media sejak spekulasi ramalan hari kiamat tersebar di seluruh dunia.
Sehubungan itu, kerajaan Perancis mengerahkan beratus-ratus anggota polis dan bomba ke kawasan itu bagi mengawal situasi, terutamanya daripada pengikut fanatik ajaran New Age.
Di Guatemala, Kementerian Kebudayaannya menganjurkan satu acara besar-besaran sebagai persediaan menghadapi kemusnahan dunia, manakala beberapa agensi pelancongan di negara itu turut menawarkan pakej percutian bertemakan ‘hari kehancuran’.
Terdapat beberapa kawasan dan negara lain yang juga dianggap sebagai ‘kawasan selamat’daripada hari kiamat.
Pergunungan Himalaya merupakan satu daripada lima tempat paling selamat kerana dianggap sebagai tempat paling tinggi di dunia, selain China, Sierra Nevada, Arizona dan Afrika.
Sementara itu di China, pihak berkuasa menahan hampir 1,000 anggota kumpulan Almighty God yang didakwa menyebarkan khabar angin tentang kedatangan hari kiamat. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121221/lu_06/Pic-de-Bugarach-lokasi-selamat-hari-kiamat#ixzz2Ff9TX2pu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment