Pages

Saturday, December 15, 2012

Myanmar abai pelarian etnik Islam Rohingya

Myanmar abai pelarian etnik Islam Rohingya:

YANGON 14 Dis. - Komuniti Islam Rohingya yang terlibat dalam rusuhan agama dan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar dilapor tidak mendapat bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka.
Wartawan BBC, Jonah Fisher yang meninjau keadaan di khemah-khemah pelarian berkata, situasi di khemah pelarian Rohingya lebih teruk berbanding khemah perlindungan untuk penduduk Buddha Rakhine yang mendapat bantuan yang mencukupi daripada kerajaan.
Fisher berkata, sikap pilih kasih pihak kerajaan sangat jelas berdasarkan keadaan khemah perlindungan untuk penduduk Buddha Rakhine yang sangat selesa berbanding masyarakat Islam Rohingya yang dipisahkan hampir dua kilometer.
Katanya, kira-kira 400 pelarian Buddha ditempatkan di 35 buah khemah yang tertera logo kerajaan Arab Saudi di Kan Thar Htwat Wa.
Dalam temuramah dengan seorang pelarian di khemah perlindungan penduduk Buddha, Phu Ma Gya yang tinggal bersama dua orang anaknya berkata, kerajaan menyalurkan bantuan yang mencukupi kepada mereka sekeluarga dengan memberi makanan, ubat- ubatan dan keperluan lain.
Malah Fisher melaporkan, bekalan ubat-ubatan dan makanan seperti beras sangat mencukupi untuk disalurkan kepada semua pelarian penduduk Buddha Rakhine.
Namun, keadaan berbeza di khemah pelarian Islam Rohingya di Kem Taung Paw apabila wartawan tersebut mendapati keadaan di sana sangat menyedihkan dengan keadaan tanah yang berlumpur dan khemah-khemah yang usang.
Katanya, pelarian Rohingya juga kelihatan kelaparan dan terdesak ekoran bekalan yang tidak mencukupi.
"Seorang pekerja bantuan memaklumkan pada saya bahawa khemah pelarian Rohingya ini merupakan yang paling teruk di Asia.
"Usaha untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke khemah-khemah ini telah dihalang," kata Fisher.
Jelasnya, penghantaran bekalan bantuan perlu menggunakan bot dan penduduk Buddha Rakhine telah menguasai jeti dan enggan membenarkan agensi bantuan memasuki khemah-khemah pelarian Rohingya untuk memulihkan keadaan.
"Halangan tersebut turut dilapor berlaku di beberapa khemah pelarian Rohingya yang lain.
"Sebuah agensi kemanusiaan memberitahu saya, masyarakat Buddha menghalang mereka melakukan 90 peratus kerja-kerja bantuan mereka kepada pelarian Rohingya," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121215/lu_04/Myanmar-abai-pelarian-etnik-Islam-Rohingya#ixzz2F8TR9c3G
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment