Pages

Tuesday, December 25, 2012

Kisah Syed Qutb

Syed Qutb dilahirkan di Asyut, Mesir pada 1906, ketika berumur 10 tahun sudah hafal Al Quran. Pada tahun 1948 Syed Qutb dihantar berkursus di Amerika. Berita Hasan Al Banna dibunuh sampai ke Amerika dan Eropah beliau mendapati kematian itu diraikan dengan penuh kegembiraan oleh orang Amerika dan seluruh Eropah. Apabila ditanya mereka begitu gembira kerana Hasan Al Banna telah dibunuh.

Setelah pulang dari Amerika Syarikat, Syed Qutb mengkaji kehidupan Hasan al-Banna dan membaca seluruh risalahnya. Akhirnya beliau menemui suatu “kebenaran” yang wajib diperjuangkan. Pada tahun 1953 Syed Qutb bergabung dengan Ikhwan Muslimin, beliau berjanji untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna lantas mengubah dirinya daripada seorang penulis menjadi seorang pendakwah.

Pada 13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan yang sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan revolusi. Ekoran daripada itu, tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhkan hukuman mati, termasuklah Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali. Syed Qutb dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif meninggal dunia, Syed Qutb ditangkap semula atas tuduhan bahawa beliau sedang merancang satu rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan dan beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati .


Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Gamel Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb meminta agar menulis surat meminta ampun daripadanya dan Syed Qutb akan dibebaskan. Beliau menjawab dengan tegas.


“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar, aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan”.

Pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan dunia Islam.
- Abdul Latip Talib |

No comments:

Post a Comment