Pages

Friday, December 7, 2012

Iran kesan pesawat tanpa pemandu AS di Teluk Parsi

Iran kesan pesawat tanpa pemandu AS di Teluk Parsi - Global - Sinar Harian:

Pesawat jenis Scan Eagle didakwa melintasi ruang udara di Teluk Parsi, Iran.
Pesawat jenis Scan Eagle didakwa melintasi ruang udara di Teluk Parsi, Iran.
TEHRAN - Iran mendakwa mengesan pesawat tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) melintasi ruang udara di perairan Teluk Parsi, menurut laporan Pasukan Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran (IRGC), kelmarin.

Namun Rumah Putih dan Tentera Laut Amerika Syarikat menyangkal laporan itu.

IRGC dalam satu kenyataan di laman web rasminya ‘Sepahnews.com’ berkata, sebuah pesawat tanpa pemandu melakukan rondaan bagi tujuan peninjauan dikesan sebaik saja pesawat memasuki ruang udara Iran.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan bagaimana, lokasi dan bila pesawat itu berjaya dikesan.

Komander Tentera Laut IRGC, Laksamana Muda Fadavi Ali, berkata, pesawat terbabit dipercayai sedang menjalankan misi intipan sejak beberapa hari lalu.

“Pesawat tanpa pemandu jenis ScanEagle bersaiz kecil dengan kelebaran sayap sepanjang tiga meter biasanya dikawal dari kapal pengangkut yang terletak kira-kira 100 kilometer,” katanya.

Pada November lalu, Menteri Pertahanan Iran Brigedier Jeneral Ahmad Vahidi berkata, ruang udara Iran telah dicerobohi oleh pesawat AS di Teluk Parsi namun AS sekali lagi menyangkal dakwaan itu dengan mengatakan penerbangan itu tersasar dari laluan sepatutnya. - Xinhua

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment