Pages

Wednesday, December 12, 2012

Britain rancang bantu pemberontak Syria

Britain rancang bantu pemberontak SyriaKomander Britain mengaku usaha campur tangan di Syria berbeza dengan tindakan Libya kerana kebanyakan kekuatan mortar udara berada dalam tangan tentera kerajaan.
LONDON - Barisan ketua pertahanan Britain mengemukakan satu pelan kontingensi bantuan ketenteraan laut dan udara kepada kumpulan pemberontak Syria, semalam.

Wakil pertahanan kanan Britain memberitahu, tindakan itu dilakukan sebaik sahaja Perdana Menteri, David Cameron menyuarakan keinginannya membantu kumpulan itu.

Selain menyedari kesan dan akibat campur tangan dalam pergolakan Syria, Britain mengaku hanya akan bertindak jika Amerika Syarikat melakukannya terlebih dahulu.

"Sebaik sahaja menerima arahan daripada Cameron, satu mesyuarat diadakan diketuai Ketua Pertahanan, Jeneral Sir David Richaerds di London, sebulan yang lalu," katanya.

Katanya, mesyuarat itu dihadiri pegawai-pegawai kanan negara Barat, Eropah dan Arab yang sememangnya meyokong usaha Tentera Pembebasan Syria dalam menggulingkan pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.

Barisan pertahanan Britain turut berpendapat, usaha campur tangan kali ini memiliki perbezaan ketara jika dibandingkan dengan operasi di Libya, tahun lalu.

Setiausaha Luar, William Hague berkata, Britain tidak akan teragak-agak menyalur bantuan jika pemberontak bergabung dan menghormati hak asasi kemanusiaan serta toleransi etnik.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Jerman dilaporkan mengambil tindakan mengusir empat pegawai Kedutaan Syria di Berlin sebagai langkah mengurangkan pertalian dengan Bashar. - Reuters

No comments:

Post a Comment