Pages

Tuesday, December 25, 2012

AS bunuh rakyat sendiri, salah siapa?


AS bunuh rakyat sendiri, salah siapa?


Suasana di bandar Newtown, Conneticut, Amerika Syarikat (AS) yang dihuni 28,000 penduduk seperti biasa. Kedinginan pagi tidak mematahkan semangat Jessica Rekos untuk bersiap ke sekolah yang hanya tiga kilometer dari rumahnya. Dia begitu bersemangat. Si cilik berumur enam tahun itu menyapa, bapanya, Richard.

“Ayah apakah hadiah Krismas saya pada tahun ini,” tanyanya kepada si ayah yang setia menunggunya di meja makan. Kamu tunggu sahaja kerana kami akan membuat kejutan,” kata si ayah.

Jessica terus menikmati roti halia kegemarannya bersama susu segar yang menjadi rutin sarapan pagi untuknya.

“Ayah bolehkan kamu menghadiahkan saya seekor kuda?,” tanyanya lagi. “Baiklah tapi kamu kena janji untuk belajar bersungguh-sungguh. Bila usia kamu 10 tahun kami akan berikan kamu seekor kuda. Setuju?” jawab si ayah.

Jessica hanya mengangguk tanda faham sambil memberi senyuman. “Jessica, kami dah sampai!” teriak pemandu bas dari halaman rumahnya. Dia mengucup pipi Richard dan Krista ibunya, lalu berlari membawa bekalan roti halian dan air cokelat.

Setiap hari hanya bekalan itu sahaja yang dibawa ke sekolah. Dia tidak makan berseorangan. Bekalan itu dikongsi bersama rakan sekelasnya yang lain. Seperti biasa, tiba di Sekolah Rendah Sandy Hook, mereka memulakan kelas seperti biasa.

Tiba-tiba...Ratusan das tembakan memecah kesunyian seluruh sekolah itu. Tembakan itu menerjah ke kelas Jessica. Jeritan, tangisan, rayuan, bercampur baur. Tembakan terus dilepaskan ke arah kanak-kanak di kelas itu. Peluru dari pistol semi automatik Bushmaster AR-15 memuatkan 30 peluru menembusi dada Jessica. Percikan darah mewarnai dinding dan lantai kelas itu.

Hanya  beberapa saat sahaja, mayat bergelimpangan, suara mengerang dan tangisan sayup-sayup kedengaran hinggalah suara itu dengan perlahannya hilang termasuklah suara Jessica.

Drama sadis itu tidak tamat di kelas itu, tembakan juga kedengaran dari bilik guru. Jeritan turut didengar. Tetapi kali ini suara orang dewasa. Tangisan dan rayuan dari orang dewasa. Naib pengetua cedera di kaki akibat ditembak. Manakala Pengetua dan kaunselor mati di tempat kejadian.

Sejurus tembakan itu tamat, kedengaran tawa remaja lelaki, Adam Lanza. “Semuanya mati dan kini tiba giliranku,” remaja berusia 20 tahun itu mengambil pistol lalu menembak dirinya sendiri.

Polis tiba di lokasi kejadian bergegas menyelamatkan kanak-kanak yang ketakutan sambil menutup mata mereka. Sesetengahnya menangis akibat terlalu terkejut dan trauma.
Suasana di pekarangan sekolah dipenuhi puluhan polis. Ambulans juga turut kelihatan.

Selang beberapa minit, waris murid pula tiba tanpa keruan termasuk Richard dan Krista. “Oh...apa yang berlaku?” Krista terjelepok memangku jasad puteri kesayangan bermata biru yang berlumuran darah.

Air mata si ayah mengalir deras. Si ibu hampir pengsan. Di ratapnya Jessica. Di peluk tubuh kaku puterinya itu.  Begitulah kejadian diceritakan oleh Richard ketika temu bual bersama televisyen CNN Rabu lalu selepas upacara pengebumian Jessica di bandar itu.

****
Kejadian berlaku dua minggu sebelum Krismas itu amat memilukan. Perasaan itu dirasai oleh rakyat AS dan antarabangsa. Richard berkata, sehingga kini beliau masih tidak dapat menerima perkara yang berlaku terhadap Jessica.

“Kami telah memilih hadiahkan kasut boot, topi dan jaket kulitnya. Jessica memang suka bergaya. Dalam kalangan keluarga dia di gelar CEO. Tetapi dia pergi dahulu meninggalkan kami,” katanya sebak.

Sementara itu, Krista berkata, Jessica merupakan anak sulung dari tiga beradik. “Sikapnya berubah sehari sebelum kejadian itu. Apabila mengetahui adiknya membuang kasut princess shoesnya, dia terus berlari ke dalam bilik, menghempas pintu dan merajuk. Perkara itu tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya yang juga guru Sekolah Rendah Bridgeport, Jessica belajar mengikat tali kasut menerusi laman You Tube. “Kelahiran Jessica membuatkan saya menjadi ibu bertuah. Tetapi tuhan lebih menyayangi kesemua kanak-kanak comel di sekolah itu termasuk Jessica,” katanya.

No comments:

Post a Comment