Pages

Tuesday, November 27, 2012

Remaja jadi mangsa pertama maut di Mesir



PARA penunjuk perasaan anti-Morsi mendirikan khemah di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Tunjuk perasaan membantah dekri Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meragut nyawa yang pertama, lapor agensi berita dpa semalam.
Mangsa pertama yang berusia 15 tahun itu merupakan anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Morsi.
Dia mati dalam serangan yang berlaku lewat kelmarin di bandar Damanhour di sebuah pejabat pergerakan tersebut.
Seramai 60 orang lagi cedera dalam serangan itu.
Kejadian itu berlaku sebelum Morsi dilaporkan akan berbincang dengan para hakim kanan berhubung perasaan tidak puas hati mereka terhadap dekri tersebut.
Dekri itu dikeluarkan Morsi pada Khamis lalu yang mengumumkan sebarang keputusannya tidak boleh dicabar di mahkamah sehingga parlimen baharu dibentuk.
Morsi dipilih sebagai presiden dalam pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu.
Pengumuman dekri itu menyebabkan lebih 500 orang cedera di serata Mesir.
Kira-kira 5,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini malam kelmarin. - Agensi

No comments:

Post a Comment