Dua penduduk lelaki Syria membantu seorang wanita warga emas berhampiran rumahnya yang musnah akibat dibedil jet pejuang tentera Syria di Kafr Sejnah, dekat utara wilayah Idlib, Syria, kelmarin. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121121/lu_01/Pemberontak-Syria-tawan-pangkalan-tentera#ixzz2CpiwwsFa
© Utusan Melayu (M) Bhd
BEIRUT 20 Nov. - Pemberontak Syria mendakwa mereka berjaya merampas kawalan ke atas ibu pejabat sebuah batalion tentera berdekatan pintu masuk laluan di selatan Damsyik semalam, pangkalan tentera paling dekat dengan ibu negara yang jatuh ke tangan pemberontak sejak pemberontakan tercetus 20 bulan lalu.
Aktivis berkata, tentera Syria melancarkan serangan bom dan roket ke selatan Damsyik sepanjang hari bagi menghalang pemberontak merampas kawalan ke atas pangkalan tentera tersebut.
"Roket-roket yang dilancarkan mengakibatkan kemusnahan besar secara rawak,'' kata jurucakap pertubuhan pembangkang Pusat Media Syria, Rami al-Sayyed.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121121/lu_01/Pemberontak-Syria-tawan-pangkalan-tentera#ixzz2CpiwwsFa
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kejam betul mereka
ReplyDeleteMcD Malaysia VS McD Luar Negara