Pages

Sunday, October 28, 2012

Zeenat wanita paling kerdil

Zeenat Bi bergambar bersama dua anak perempuan penjaganya di kediamannya di Bhopal, India.

NEW DELHI 27 Okt. - Seorang wanita India berusia 113 tahun mendakwa dia merupakan wanita kerdil paling tua di dunia.
Zeenat Bi yang tinggal di Bhopal, menerima wang persaraan daripada kerajaan yang merekodkan umurnya kini 101 tahun.
Bagaimanapun, wanita tersebut mendakwa umur sebenarnya adalah 12 tahun lebih tua daripada yang direkodkan.
Menurut Guinness World Records, Lowell Deforest Mason, 74, merupakan pemegang terkini rekod tersebut.
Zeenat yang setinggi 914 sentimeter atau tiga kaki berkata, dia masih ingat kehidupannya ketika India masih di bawah pemerintahan Britain dan apabila Putera India, Putera Nawab masih berpengaruh di negara ini.
Jika umur sebenarnya adalah 113 tahun maka Zeenat dilahirkan ketika pemerintahan Ratu Victoria yang dikenali sebagai Maharani India.
Wanita itu berkata, dia melihat negara ini membangun ketika dia membesar.
''Saya masih ingat ketika pemerintahan Britain, bandar ini masih sebuah hutan.
''Saya juga masih ingat apabila orang Britain pertama kali memperkenalkan roti buatan mereka. Roti itu sangat sedap.'' katanya.
Zeenat melahirkan dua hasrat yang ingin dicapainya sebelum dia meninggal dunia iaitu bertemu pelakon Bollywood, Salman Khan dan menunaikan haji. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_06/Zeenat-wanita-paling-kerdil#ixzz2AY7nhuJx
© Utusan Melayu (M) Bhd 


No comments:

Post a Comment