Pages

Monday, October 29, 2012

Pemberontak, tentera Syria bertempur semula

Seorang awam Syria menangis berhampiran anggota keluarganya yang cedera akibat pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak di Aleppo, semalam. - Foto AP
Seorang awam Syria menangis berhampiran anggota keluarganya
 yang cedera akibat pertempuran antara tentera kerajaan
 dan pemberontak di Aleppo, semalam. - Foto AP
Beirut: Pemberontak Syria melancarkan satu siri serangan terhadap kedudukan tentera semalam ketika serangan udara rejim menggegarkan bandar yang dikuasai pembangkang berhampiran Damsyik selepas kegagalan usaha gencatan senjata sempena hari raya Aidiladha.

Pasukan pemisah menguasai tiga pos tentera di Douma, Damsyik dan membunuh empat tentera di satu lagi pusat pemeriksaan di wilayah terbabit, kata aktivis Pemantau Hak Asasi Syria.
Pesawat perang rejim menembak sasaran dalam tiga serangan udara di bandar Irbin, Zamalka dan Harasta di mana tentera sejak beberapa minggu cuba untuk mengusir tentera pemisah, kata kumpulan terbabit.


Pertempuran berlaku selepas kegagalan usaha untuk melaksanakan gencatan senjata selama empat hari di negara yang dilanda perang sempena sambutan Aidiladha yang bermula Jumaat lalu.

Gencatan senjata hanya bertahan beberapa jam diikuti dengan pertempuran, bedilan dan serangan bom yang menyebabkan 114 terbunuh pada Sabtu termasuk 47 orang awam, 36 tentera dan 31 pemisah, kata kumpulan itu.

Tiga kedudukan tentera di Douma, sebuah bangunan 14 tingkat yang menempatkan penembak curi rejim dan dua pusat pemeriksaan ditawan semula berikutan pertempuran, kata pengarah kumpulan itu Rami Abdel Rahman.

Ia satu petanda bahawa rejim tidak dapat mengawal kedudukan untuk tempoh yang panjang, katanya.
Sementara itu di MAKKAH, pihak berkuasa Arab Saudi berjaya meleraikan segera satu bantahan beratus-ratus jemaah Syria menggesa kejatuhan Presiden Bashar al-Assad dan mengutuk apa yang disifatkan mereka kegagalan antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria.

Penunjuk perasaan membawa bendera pemisah dan berarak ke arah Jambatan Jamarat di Mina, di timur Makkah, di mana lebih tiga juta umat Islam berhimpun untuk menunaikan ibadat haji.

Reuters/AFP

No comments:

Post a Comment