Pages

Monday, October 29, 2012

Jemaah haji bersesak di Jamrah Kubra



PANDANGAN dari udara menunjukkan khemah jemaah haji di Mina pada hari kedua ibadat melontar jamrah, kelmarin. - REUTERS
MINA 28 Okt. - Hampir empat juta jemaah haji bersesak di kompleks Jamrah Kubra bagi melakukan rukun melontar pada hari kedua tasyriq hari ini, sebelum tamat ibadat melontar ketiga-tiga jamrah esok.
Rukun itu dilakukan antara selepas subuh dan Maghrib, sebelum jemaah meninggalkan Mina selepas itu.
Terdapat juga jemaah yang membuat keputusan untuk bermalam di situ sehingga esok, iaitu hari terakhir melakukan ibadat melontar.
Selepas itu, para jemaah akan melakukan tawaf wida', tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke negara masing-masing.
Rukun melontar batu di Mina, dianggap antara fasa mencabar ketika menyempurnakan ibadat haji termasuk insiden khemah terbakar dan maut akibat tolak-menolak antara jemaah, berjalan dengan aman untuk musim haji kali ini tanpa sebarang insiden.
Beberapa tahun lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menyediakan khemah kalis api dan jemaah dilarang memasak di dalam khemah tersebut.
Kawasan melontar juga diperbesarkan dengan menyediakan kawasan lima tingkat di sekitar tiga tiang yang menjadi simbolik acara melontar, bagi memudahkan jemaah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121029/lu_02/Jemaah-haji-bersesak-di-Jamrah-Kubra#ixzz2Ae9RM9AW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment