Pages

Tuesday, October 30, 2012

Jaktogo kot serba guna ekonomik

JAKTOGO boleh memuatkan pelbagai barang dengan berat sehingga 10 kilogam.
JAKTOGO boleh memuatkan pelbagai barang dengan berat sehingga 10 kilogam.
JIKA perlu, beg ciptaan Power boleh dijadikan pakaian.
JIKA perlu, beg ciptaan Power boleh dijadikan pakaian.
LONDON: Seorang jurutera menemui cara terbaik membawa barang yang banyak menaiki pesawat tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk bagasi.
John Power berkata, rekaannya itu dikenali sebagai Jaktogo kot berharga �56 (RM270) yang boleh menjadi beg pakaian. Produk itu pada asasnya adalah sehelai kot tetapi boleh ditukar menjadi beg supaya pemakainya boleh membawa lebih banyak barang ketika menaiki pesawat.

Kata Power, 57, kot itu mampu diisi pelbagai barang sehingga 10 kilogram sebagai bagasi tangan.

“Ia sesuai digunakan untuk penerbangan bajet rendah,” katanya. Menurut Power, Jaktogo juga dilengkapi banyak poket untuk diisi peranti terkini seperti iPad dan kamera, selain keperluan pengembara seperti buku, pakaian dan tuala.

“Jika di tempat bercuaca panas, Jaktogo boleh digunakan sebagai pakaian tanpa lengan,” katanya. Sesuai dengan dirinya yang sering pergi ke merata tempat, Power mendapat idea mencipta Jaktogo kerana bosan dengan pelbagai bayaran dikenakan syarikat penerbangan tambang murah. Ryanair, misalnya, mengenakan caj antara �15 hingga �50 (RM75 hingga RM250) bagi setiap beg dengan berat maksimum 15 kilogram yang ingin dimuatkan dalam kargo.

Caj itu meningkat sehingga �130 (RM650) jika beg itu tidak didaftarkan sebelum penumpang tiba di lapangan terbang.

Syarikat penerbangan itu membenarkan penumpang membawa bagasi tangan seberat 10 kilogram dan hanya satu dibenarkan dibawa bagi setiap penumpang. Sesiapa yang ingin membawa bagasi tangan lebih daripada satu, mereka dikenakan caj tambahan �50 (RM250) Power - kini menetap di Antwerp, Belgium berkata, sejak syarikat penerbangan tambang murah mengenakan pelbagai syarat, dia mula mencari jalan menjimatkan masa menunggu bagasi di lapangan terbang. “Saya sering nampak penumpang terkandas di lapangan terbang hanya kerana sedikit lebihan berat bagasi atau mereka dipaksa mendaftarkan barangan mereka untuk dimuatkan dalam kargo kerana bagasi tangan melebihi had dibenarkan,” katanya. Kata Power, keadaan itu sangat tidak adil.

“Justeru, saya mencari jalan mengatasinya tanpa kelihatan bebal,” katanya. - DM

No comments:

Post a Comment