Pages

Tuesday, October 2, 2012

Dua anak harimau bintang mati dipukul




SEKUMPULAN penduduk kampung mengangkat bangkai dua ekor anak harimau bintang di daerah Sivasagar, dalam negeri Assam pada 29 September lalu.


JORHAT, India - Dua ekor anak harimau bintang dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung dalam daerah Sivasagar, di negeri Assam, timur laut India.
Menurut laporan akhbar The Economic Times baru-baru ini, insiden tersebut berlaku selepas kedua-dua ekor haiwan itu muncul di kawasan penempatan penduduk dan menakutkan orang ramai.
Akhbar berkenaan menyatakan, dua pegawai perhutanan bergegas ke lokasi kejadian selepas dihubungi oleh penduduk setempat.
"Pasukan kami bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan anak-anak harimau bintang ini. Tetapi orang kampung bertindak membunuh haiwan tersebut terlebih dahulu," kata seorang pegawai berkenaan, Sivasagar Praneswar Das.
Kedua-kedua anak harimau itu mati akibat kecederaan teruk setelah dipukul dengan senjata selama setengah jam oleh sekumpulan penduduk.
Das memberitahu, peristiwa itu berlaku selepas seekor harimau bintang betina dan dua ekor anaknya kerap dilihat merayau-rayau di kampung tersebut sejak seminggu lalu. Penduduk kampung percaya ibu harimau bintang itu telah menyerang beberapa ekor lembu peliharaan mereka. - Agensi

No comments:

Post a Comment