Pages

Thursday, October 4, 2012

Anjing tersepit di celah bampar kereta

SEORANG pegawai sebuah pusat perlindungan haiwan
mengeluarkan seekor anjing yang tersepit di celah
 bampar kereta di Providence Timur pada 20 September lalu.
TAUNTON, Massachusetts - Pihak berkuasa menyatakan, seekor anjing ditemui masih hidup walaupun ia tersepit pada bampar sebuah kereta di sini pada 20 September lalu.
Haiwan itu tersepit selepas ia dilanggar kereta tersebut.
Anjing tersebut tersepit semasa kereta berkenaan bergerak sejauh 17 kilometer.
Penyelia sebuah pusat perlindungan haiwan, William Mugle berkata, anjing betina itu berlari di depan kereta tersebut sebelum ia dilanggar.
Pemandu itu kemudian menekan brek tetapi dia tidak menyedari anjing berkenaan.
Muggle memberitahu akhbar Taunton Daily Gazette, kejadian itu hanya disedari apabila pemandu itu tiba di Providence Timur, Pulau Rhode.
Dia berkata, pemandu itu melihat anjing tersebut tersepit selepas seorang pemandu lain memberitahunya.
Pemandu kereta itu membuat laporan di sebuah balai polis berhubung kejadian tersebut.
Beberapa pegawai pusat perlindungan haiwan itu kemudian bertindak mengeluarkan anjing berbulu putih tersebut dari celah bampar kereta.
Pihak berkuasa kini mencari pemilik anjing itu. - AP

No comments:

Post a Comment