Pages

Sunday, October 28, 2012

18 maut di hari kedua Aidiladha

BAGHDAD 27 Okt. - Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam serangan yang menyasarkan puak Syiah dan puak Kurdis dalam dua serangan berbeza ketika umat Islam menyambut hari kedua perayaan Aidiladha hari ini.
Seorang pegawai keselamatan dan perubatan berkata, letupan bom yang dipasang di sebuah bas mini membawa jemaah Syiah di bandar Taji menyebabkan lima orang terbunuh.
Doktor memberi amaran angka kematian mungkin meningkat dan seorang kapten polis di Taji berkata, kira-kira lapan orang terbunuh dalam serangan yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).
Di Mosul, 350 kilometer dari utara Baghdad, tiga serangan menyasarkan komuniti Shabak, menyaksikan lima orang maut dan sembilan orang lain cedera, kata pegawai keselamatan.
Dalam serangan berasingan, lelaki bersenjata menyerbu sebuah rumah milik keluarga Shabak dan membunuh lapan orang dan mencederakan empat orang yang lain. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_03/18-maut-di-hari-kedua-Aidiladha#ixzz2AXZy3Ofs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment