Pages

Monday, September 10, 2012

Mursi didakwa tidak hormat pemimpin Iran




         
TEHERAN: Lawatan Presiden Mesir, Mohamed Mursi ke Iran bulan lalu masih hangat diperdebatkan di Parlimen negara itu.

Semalam, ahli Parlimen, Ali Mohammad Bozorgvari, misalnya mengecam Mohamed Mursi kerana gagal bertemu pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei.


Mohamed Mursi berada di Iran kerana menghadiri persidangan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) yang dihadiri 120 wakil negara.

Bagaimanapun, beliau hanya berada di Iran untuk beberapa jam. Ali berkata, dalam pertemuan pemimpin negara umat Islam di Arab Saudi sebelum ini, Mohamed Mursi bertemu pemimpin negara berkenaan yang digelarnya sebagai “monarki kotor dan prokerajaan Amerika Syarikat. Mohamed Mursi adalah pemimpin Mesir pertama melawat Iran dalam tempoh beberapa dekad.


Dalam ucapannya, beliau mengecam sekutu Teheran, rejim Presiden Bashar al-Assad dan menggelarnya sebagai penindas. Pemimpin beraliran Islam itu juga berkata, Bashar hilang kelayakan menjadi presiden di Syria. Sementara itu, pegawai Kementerian Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian, berkata Iran mengalu-alukan cadangan Mohamed Mursi untuk membentuk kumpulan empat negara bagi menggerakkan inisiatif perdamaian di Syria.


Mohamed Mursi mencadangkan Mesir, Turki, Arab Saudi dan Iran mengetuai usaha itu.

Bagaimanapun, penentang kerajaan Syria menolak usul berkenaan kerana ia membabitkan Teheran. Dalam kenyataannya, Hossein turut mengkritik Mohamed Mursi atas kenyataannya terhadap Bashar dan berpendapat, Presiden Mesir itu perlu menunjukkan sikap realistik terhadap perkembangan di Syria. - AP

No comments:

Post a Comment