Pages

Tuesday, September 4, 2012

Jepun rancang beli pulau dari China



Pemandangan dari udara menunjukkan Pulau Uotsuri, sebuah daripada gugusan kepulauan yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Senkaku di Jepun, sementara (gambar kecil), sekumpulan 25 peninjau dari Jepun mengukur kawasan pinggir laut dan sekitar pulau berbatu yang tidak berpenghuni itu di Laut Laut China Selatan, semalam. - AP/AFP
TOKYO 2 Sept. - Satu pasukan peninjau dari Jepun, hari ini melawat satu gugusan kepulauan di Laut China Selatan yang ingin dibeli oleh Tokyo ketika perbalahan politik dengan China berhubung pertindihan tuntutan kawasan maritim sedang memuncak.
Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara yang terkenal dengan sikap lantangnya, menghantar pasukan itu ke kepulauan tersebut yang dituntut kedua-dua negara, yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Senkaku di Jepun.
Ishihara mahu membeli kepulauan tersebut daripada pemilik individu dan membina pelabuhan untuk dijadikan sebagai pangkalan nelayan.
Stesen televisyen Jepun menyiarkan pasukan seramai 25 anggota tersebut berada di dalam bot mereka ketika mengukur kawasan pinggir laut dan sekitar pulau berbatu yang tidak berpenghuni itu.
Kerajaan Pusat menolak permohonan mereka untuk mendarat di kepulauan tersebut.
''Melihat dengan mata anda sendiri adalah berbeza dengan apa yang ada di atas peta.
''Skala dan saiz pulau jelas dapat dilihat. Gabenor meminta kami melihat apa yang boleh dilakukan untuk membina sebuah pelabuhan,'' kata ketua pasukan peninjau tersebut, Seiichiro Sakamaki.
Ishihara sebelum ini berharap dapat melawat pulau-pulau tersebut pada bulan depan.
Hubungan Jepun-China tegang pada bulan lepas selepas aktivis pro-Beijing pergi ke satu pulau di kepulauan tersebut yang dikawal oleh Jepun. - AFP

No comments:

Post a Comment