Pages

Sunday, September 9, 2012

Balai polis Sinai diserang




         
KAHERAH: Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah balai poils di Sinai Utara semalam, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Jurucakap polis berkata, penyerang menaiki dua kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Sheikh Zuwayyid police berhampiran sempadan Mesir - Gaza.


“Polis membalas tembakan itu dan berlaku pertempuran beberapa ketika sehingga penyerang melarikan diri,” katanya. Balai polis itu terbiar selama kira-kira 18 bulan selepas ia diserang ketika rakyat Mesir bangkit menyingkirkan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari 2011.

Ia kemudian dibuka semula pada 8 Ogos lalu. Pasukan keselamatan Mesir meningkatkan kawalan mereka di kawasan berkenaan bagi memerangi militan Islam selepas sebuah pos kawalan diserang pada 5 Ogos lalu.


Insiden itu menyebabkan 16 tentera maut dan menguji kepemimpinan Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir. - AFP

No comments:

Post a Comment