Pages

Tuesday, August 7, 2012

Warga emas tembak isteri nazak di ICU



AKRON - Seorang warga emas nekad menembak mati isterinya yang nazak di unit rawatan rapi (ICU) hospital di Pusat Perubatan Akron, Amerika Syarikat (AS) kerana tidak sanggup melihat wanita itu berhadapan dengan kesakitan.

Menurut polis Akron, Dan Zampelli, mangsa Barbara Wise meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak suaminya dan pihak berkuasa mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pembunuhan belas kasihan.

"Kes ini lebih ke arah belas kasihan. Suspek iaitu suami mangsa yang berumur 66 tahun tidak sanggup melihat penderitaan isterinya yang dikahwini lebih 45 tahun lalu," kata Zampelli.

Walau bagaimanapun, polis terpaksa menahan John Wise kerana dituduh membunuh isterinya dengan niat.

No comments:

Post a Comment