Pages

Tuesday, August 21, 2012

Ratu cantik China Miss World 2012


Yu Wenxia
Yu Wenxia melambai ke arah penonton selepas diumum Miss World 2012. - Foto ihsan AFP
ORDOS, China - Seorang guru muzik dari negara tuan rumah, Yu Wenxia muncul juara pertandingan Miss World 2012 yang diadakan di Ordos, bandar perlombongan di gurun Gobi, semalam.
"Ketika saya kecil, saya merasakan sangat bertuah sebab ramai yang membantu saya. Dan, saya berharap, pada masa depan, saya boleh membantu ramai kanak-kanak agar mereka juga rasa bertuah," kata Wenxia, 23, ketika ditanya sebab dia wajar dipilih sebagai juara Miss World 2012.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Miss Wales Sophie Moulds dan Miss Australia Jessica Kahawaty.
Seramai 116 peserta menyertai pertandingan tahunan ini. Siaran langsung pertandingan akhir edisi ke-62 ini dipercayai ditonton oleh satu bilion orang menerusi televisyen.
Pemenang dipilih daripada tujuh orang yang memasuki peringkat akhir iaitu selain China, enam yang lain adalah peserta dari Jamaica, Sudan Selatan, India, Australia, Brazil dan Wales.
Bersama tujuh mereka itu, peserta separuh akhir terdiri daripada wakil Mexico, England, Sepanyol, Filipina, Amerika Syarikat, Belanda, Indonesia dan Kenya.
Pertandingan 2013 akan dilangsungkan di Bali.

No comments:

Post a Comment