Pages

Thursday, August 9, 2012

Pesara Pengawal Revolusi turut diculik pemberontak




         
TEHERAN: Pesara Pengawal Revolusi dan tentera Iran adalah antara 48 rakyat negara itu yang dijadikan tebusan oleh pemberontak di Syria sejak hujung minggu lalu.

Menteri Luar, Ali Akbar Salehi bagaimanapun menafikan dakwaan pemberontak bahawa rakyat Iran itu dalam misi ketenteraaan.


Beliau sebaliknya berkata, mereka dalam perjalanan ke Damsyik untuk satu majlis keagamaan apabila diculik Sabtu lalu.

“Beberapa tebusan itu ialah pesara Pengawal Revolusi dan tentera. Yang lain dari beberapa kementerian lain,” kata Ali Akbar kepada wartawan selepas tiba dari Turki.


Ali Akbar berada di Ankara untuk meminta bantuan Turki dalam usaha membebaskan 48 rakyatnya itu. Pemberontak Syria Ahad lalu memuatnaikkan video tebusan itu dan mendakwa mereka adalah anggota Pengawal Revolusi dan berada di Damsyik untuk membantu tentera yang menyokong Presiden Bashar Al-Assad. - AFP

No comments:

Post a Comment