Pages

Tuesday, August 7, 2012

Mesir ikrar balas dendam



SEORANG askar Israel semalam memeriksa sebuah kenderaan berperisai yang digunakan para militan Islam dekat pos sempadan Kerem Shalom.


KAHERAH - Tentera Mesir semalam berjanji akan membalas dendam kematian 16 pengawal sempadan dalam satu serangan di sebuah pos kawalan dekat sempadan Israel pada hari sebelumnya, menurut satu kenyataan oleh agensi berita rasmi MENA.
Para pengawal sempadan itu mati selepas sekumpulan miltan Islam melancarkan serangan.
Kejadian itu berlaku di pos sempadan Kerem Shalom.
"Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami akan membalas kematian mereka.
"Rakyat Mesir tidak perlu menunggu lama untuk melihat tindak balas kami ke atas serangan pengganas ini," kata kenyataan Majlis Agung Angkatan Bersenjata (SCAF).
"Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang menyerang tentera kami di Semenanjung Sinai sejak beberapa bulan lalu akan membayar dengan harga yang tinggi sama ada mereka berada di dalam atau luar Mesir," tambah kenyataan tersebut.
Presiden Mohamed Morsi (gambar kecil) sebelum ini turut berikrar lewat kelmarin untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan mengambil alih kawalan di Semenanjung Sinai.
Kumpulan penyerang militan Islam itu melintas masuk ke Israel dengan menaiki sebuah kenderaan berperisai selepas melakukan serangan tersebut.
Israel kemudian menyatakan, lima orang lelaki bersenjata dibunuh dalam serangan melibatkan beberapa buah kereta kebal dan helikopter rejim Zionis.
Di bawah perjanjian damai 1979 dengan Israel, Mesir dibenarkan menempatkan pasukan tentera dalam jumlah yang terhad di Sinai.
Jurucakap tentera Israel, Yoav Mordechai memberitahu Radio Tentera semalam bahawa para militan Islam itu merupakan anggota kumpulan jihad global yang berpangkalan di Sinai.
Sinai menjadi pangkalan para militan global kerana kelemahan Mesir mengawal semenanjung tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment