Pages

Thursday, August 16, 2012

Ketua Tentera Laut Myanmar dilantik Timbalan Presiden

NAYPYITAW - Spekulasi siapakah yang bakal memegang satu daripada dua jawatan Timbalan Presiden Myanmar akhirnya terjawab selepas negara itu dengan rasminya melantik Ketua Tentera Laut, Panglima Nyan Tun, semalam.

Nyan Tun, 58, menggantikan bekas Timbalan Presiden Tin Aung Myint Oo yang meletakkan jawatannya kerana sebab-sebab kesihatan bulan lalu.

Myint Oo sebelum ini diklasifikasikan sebagai pemimpin yang keras kepala dan timbulnya spekulasi beliau enggan bersetuju dengan agenda reformasi Presiden Thein Sein yang sebelum ini melakukan perubahan ekonomi serta politik sejak memegang tampuk pemerintahan dari bekas tentera junta tahun lalu.

Nyan Tun yang sebelum ini bertugas sebagai komander tentera laut sejak 2008 telah diundi oleh penggubal undang-undang ketenteraan yang mana berhak untuk menamakan satu daripada dua timbalan presiden negara.

Myanmar mempunyai dua Timbalan Presiden yang bertanggungjawab di bawah perlembagaan sama.

Seorang lagi yang memegang jawatan Timbalan Presiden negara adalah Sai Mauk Hkam dari etnik minoriti Shan.

No comments:

Post a Comment