Pages

Thursday, August 16, 2012

Israel dikecam tindas kanak-kanak -


Israel dikecam tindas kanak-kanak
Tentera rejim turut dikecam menindas kanak-kanak Palestin tanpa belas kasihan.
TEBING BARAT - Tindakan tentera rejim Israel menindas dan melakukan keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di kawasan perkampungan dan kem-kem pelarian di wilayah itu mendapat kecaman Datuk Bandar Hebron, Kamil Hammed.

Dalam satu kenyataan, Hameed mengutuk serangan tidak bermoral terhadap Tareq Abu Rmela, 10, yang dicederakan tentera rejim dengan pagar kawat duri sewaktu memasuki Masjid Ibrahim di bandar lama.

Dalam pada itu, Hameed turut mengecam tingkah laku kejam askar-askar rejim yang tidak menyediakan bantuan perubatan kepada kanak-kanak yang mengalami kecederaan dan meminta negara serta organisasi antarabangsa mendokumenkan pencabulan kanak-kanak Palestin agar mahkamah antarabangsa dapat melindungi mereka yang tidak berdaya itu.

No comments:

Post a Comment