Pages

Wednesday, August 1, 2012

Iran akan pertahan Syria

TEHERAN: Iran “tidak akan membenarkan musuh mara” di negara sekutunya, Syria, tetapi setakat ini belum melihat keperluan untuk campur tangan secara langsung, kata pegawai kanan tentera negara itu semalam.
Memetik kenyataan Timbalan Panglima Tentera Iran, Masoud Jazayeri, akhbar Shargh melaporkan, Iran menganggap tiada keperluan di kalangan rakan Syria untuk campur tangan sepenuhnya di negara bergolak itu.

“Dan penilaian kami mendapati ia memang tidak diperlukan,” katanya. Menurut Masoud, dalam situasi tertentu Teheran akan menentukan bagaimana untuk memberi sokongan terhadap sekutu dan gerakan anti-Israel di Timur Tengah.
Katanya, Teheran akan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap situasi di situ.

“Kami sangat sensitif apabila ia membabitkan rakan dalam gerakan anti-Israel di rantau ini.

“Iran tidak akan membenarkan musuh untuk mara,” katanya. Komander kanan Pengawal Revolusi Iran, Hamid Reza Moqadam-Far, pula berkata orang awam Syria kini bergandingan dengan tentera kerajaan menentang pemberontak. “Jika pemberontakan itu dipatahkan, ia akan memberi tamparan hebat kepada Arab Saudi dan Barat,” katanya.
Teheran menganggap kedua-dua pihak itu terbabit secara langsung membantu pemberontak Syria. Iran menjadi satu daripada sekutu Presiden Syria, Bashar al-Assad, selain Russia dan China.

Teheran menganggap Syria adalah sebahagian daripada kumpulan penentang Israel bersama-sama Hizbullah dan Hamas. - AFP

No comments:

Post a Comment