Pages

Wednesday, August 1, 2012

Indonesia, China dituduh sekat kebebasan beragama

WASHINGTON: Perlindungan terhadap kebebasan beragama didakwa semakin buruk di Indonesia dan Maldives.
Dalam laporan tahunannya mengenai kebebasan agama, Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam dan rakan diplomatik yang semakin penting bagi Washington di Asia Tenggara dikritik kerana tindakannya menahan individu di bawah undang-undang menghina Islam.

Laporan itu juga menyebut mengenai penindasan dan keganasan terhadap penganut Qadiani di negara itu.
Pihak berkuasa China pula dituduh meningkatkan penindasan terhadap penganut Buddha di Tibet hingga mendorong kepada beberapa tindakan membakar diri.

China juga dikritik kerana menindas masyarakat Islam di Xinjiang, wilayah barat jauh negara itu.

Laporan itu yang mengulas peristiwa sepanjang 2011 berkata, Vietnam masih terus menahan beberapa tahanan agama, termasuk mubaligh.
Korea Utara pula dituduh langsung tidak membenarkan kebebasan beragama. - AP

No comments:

Post a Comment