Pages

Wednesday, August 1, 2012

Imigran Afrika ditikam di Tel Aviv



SALAH seorang imigran Afrika yang cedera ditikam terbaring di atas usungan.


TEL AVIV - Seorang penyerang yang dipercayai warga Israel menikam tiga lelaki Eritrea di sebuah kedai video di selatan Tel Aviv semalam.
Polis berkata, serangan itu pada awalnya dianggap sebagai satu serangan perkauman.
"Semua tiga orang yang telah ditikam itu dihantar ke hospital," kata jurucakap polis, Mickey Rosenfeld.
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dari Afrika mengalami cedera ringan.
Beliau berkata, suspek yang menikam ketiga-tika lelaki itu kini diburu polis.
Kedai video itu milik warga Eritrea.
Menurutnya, pihak polis menyoal beberapa saksi dan memeriksa rakaman video menerusi rakaman kamera tertutup.
Seorang saksi memberitahu bahawa penyerang itu kelihatan seperti penduduk Israel.
Rosenfeld berkata, berdasarkan siasatan awal, serangan tersebut bermotifkan jenayah kebencian.
Bilangan imigran haram yang semakin ramai sejak beberapa bulan lalu telah menyebabkan berlaku kejadian membakar dengan sengaja ke atas kedai-kedai milik warga dari Afrika di Tel Aviv dan Baitulmuqaddis.
Pada Mei lalu, satu tunjuk perasaan antiimigran di selatan Tel Aviv telah menyebabkan para penunjuk perasaan merosakkan kedai-kedai yang dikendalikan warga Afrika.
Kumpulan penunjuk perasaan itu menjerit perkataan yang menghina imigran Afrika dengan meminta mereka keluar dari Israel.
Perangkaan Israel mendapati terdapat kira-kira 60,000 penduduk Afrika di Israel yang tinggal secara haram.
Kebanyakan imigran Afrika itu datang dari Sudan dan Eritrea.
Ramai antara mereka tinggal di selatan Tel Aviv.
Pada 10 Jun lalu, pihak imigresen Israel melancarkan operasi memerangi imigran haram dari Afrika. - AFP

No comments:

Post a Comment