Pages

Thursday, August 9, 2012

Asean cadang beri bantuan kemanusian kepada pelarian Rohingya

JAKARTA: Negara Asia Tenggara menimbangkan memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang mengalami penganiayaan di Myanmar.

Setiausaha Agung Asean, Surin Pitsuwan berkata, mereka sepatutnya menjadi “sebahagian daripada penyelesaian” yang semakin meruncing sejak Jun lalu di mana pembunuhan berleluasa dan menyebabkan 60,000 orang melarikan diri dari negara itu, kebanyakannya penduduk minoriti Islam Rohingya.
“Saya telah membuat cadangan (kepada negara anggota) yang Asean sepatutnya sekali lagi memberi bantuan kemanusiaan, seperti yang dibuat selepas Taufan Nargis melanda empat setengah tahun yang lalu,” katanya kepada pemberita. Taufan Nargis melanda Myanmar pada Mei 2008, menyebabkan 138,000 orang maut.

Pitsuwan tidak memberi butiran atau nama negara di mana bantuan dapat disalurkan.



Dia berkata, tawaran membantu orang Islam Rohingya mendapat sokongan daripada beberapa anggota negara Asean di mana Indonesia dan Malaysia, negara mempunyai penduduk majoriti Islam, juga menawarkan untuk membantu orang Islam Rohingya secara terus.


Kira-kira 80 orang, beragama Buddha dan Islam menurut angka rasmi dibunuh pada Jun lalu dalam satu keganasan di Rakhine, Myanmar, tetapi kumpulan berhaluan kanan mendakwa, jumlah itu lebih tinggi.

“Myanmar yang akan menjadi pengerusi Asean akan menjadi fokus perhatian bagaimana ia menangani isu itu. Perlu ada satu pelan tindakan untuk mencari penyelesaian,” katanya ketika mengulas sambutan ke-45 tahun Asean.

Katanya, Asean tidak boleh dilihat berdiam diri dan tidak mengambil tindakan dalam masalah kemanusiaan ini. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment