Pages

Saturday, August 4, 2012

AS tak akan bekal senjata




   
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan meningkatkan sokongan terhadap pemberontak Syria.
Bagaimanapun, ia bertegas tidak akan membekalkan senjata kepada kumpulan itu meskipun misi duta antarabangsa, Kofi Annan di negara itu gagal.

Annan yang dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab untuk mencari penyelesaian damai di Syria, meletakkan jawatan semalam, menyebabkan usaha diplomatik tergendala dan mendorong gesaan supaya tindakan dilakukan. Bagaimanapun, pentadbiran Amerika Syarikat sekali lagi menegaskan, ia tidak akan menimbang mengenai campur tangan tentera di negara itu.

“Pendirian kami tidak berubah. Kami tidak akan membekalkan senjata kepada pemberontak. “Kami tidak percaya penambahan senjata di Syria diperlukan untuk membawa keamanan di negara itu,” kata jurucakap White House, Jay Carney di atas pesawat Air Force One. Pemberontakan 17 bulan menenentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad meragut lebih 20,000 nyawa setakat ini, sebahagian besarnya orang awam.

Kebimbangan kini semakin meningkat mengenai kemungkinan pemimpin Syria yang tertekan itu akan menggunakan senjata kimia.

Ia mendorong beberapa pakar dan anggota Dewan Amerika Syarikat menyoal secara terbuka sama ada Washington perlu menggunakan kekuatan tentera dan keupayaan perisikan untuk membantu pembangkang dan mempercepatkan kejatuhan Bashar.


Pentadbiran Amerika Syarikat keberatan untuk terbabit dalam satu lagi peperangan di Asia Barat berikutan pilihan raya yang semakin hampir.

Bimbang mengenai kemungkinan berlaku pertumpahan darah selepas kejatuhan Bashar, Amerika Syarikat menegaskan, langkah menambah lebih banyak senjata hanya akan meningkatkan keganasan di Syria.

“Analisis kami ialah keupayaan rejim itu semakin lemah. Tentera Syria sudah patah semangat dan pembangkang berjaya meraih kemenangan di beberapa kawasan.

“Strategi kami sudah memberi kesan. Kami akan lakukan apa saja dalam rancangan kami untuk mempercepatkan kejatuhan Bashar,” kata jurucakap Jabatan Negara, Patrick Ventrell. - AFP

No comments:

Post a Comment